Tuesday, 28 April 2015

INFORMATION




    INFORMATION








     Kolej Bunga Raya mula dibuka pada Julai 2006. Kolej ini menyediakan penempatan untuk pelajar tahun 1 hingga akhir.Namun demikian, mulai tahun 2007 kolej ini telah meyendiakan penempatan untuk pelajar siswazah(Sarjana & PhD). Pada masa kini, kolej ini turut menyediakan perkhidmatan penginapan untuk pelawat luar.


LOKASI

Kolej ini terletak di kampus barat berhampiran tasik UNIMAS dan menghadap tasik. Kolej ini terletak berhampiran dengan kolej Tum Ahmad Zaidi dan kolej Cempaka. Kedudukan yang strategik dan struktur bangunan yang menarik telah menjadikan kolej ini sebagai tarikan dan buruan pelajar setiap tahun ketika proses pendaftaran kolej.




KAPASITI PELAJAR DAN BLOK

Kolej ini berkonsepkan sistem apartmen dengan tiga blok: A, B dan C. Blok B menempatkan pelajar siswa manakala Blok A dan Blok C menempatkan pelajar siswi. Kolej ini mampu menyediakan penempatan untuk pelajar seramai 1,998 orang penghuni. Setiap apartmen mempunyai 5 bilik iaitu 3 bilik berkongsi dan 2 bilik perseorangan. Setiap apartmen mempunyai 2 bilik mandi dan 2 tandas. Keseluruhan kolej ini mempunyai 37 buah bangunan blok utama daripada agihan tiga blok utama tersebut.




SUBUR

SUBUR merupakan singkatan kepada Surau Bunga Raya. Subur adalah merupakan salah satu organisasi yang berada dibawah exco sahsiah jawatan kuasa kolej kediaman. SUBUR mula ditubuhkan pada tahun 2007 dan ahli-ahli daripada organisasi ini dipilih melalui temuduga yang dijalankan. SUBUR bertanggungjawab mengimarahkan majlis-majlis ilmu, surau dan menganjurkan malis keagamaan.





HOME




      AKTIVITI MINGGUAN SURAU BUNGA RAYA











    MAJLIS TERTINGGI SURAU BUNGA RAYA